Home Tawaran Kerjaya Perbandaran Tawaran Kerjaya Universiti Tawaran Kerjaya Kerajaan Tawaran Kerjaya Perbankan
  • Iklan Jawatan Bulan Disember
  • Iklan Jawatan Bulan November
  • Iklan Jawatan Bulan Oktober
  • Iklan Jawatan Bulan September

Wednesday, 4 September 2013

Makan Malam Dan Kekal Sihat Sejahtera

Tweet
Filled under: Gaya


Ramai di antara kita akan meninggalkan waktu makan malam kerana takut gemuk. Adakah betul tindakan ini?


Pengambilan makanan yang mengandungi tinggi kadar gula, berlemak dan rendah serat boleh membuatkan diri anda cepat lapar. Jika anda ingin menghilangkan keinginan makan pada waktu malam, cuba lakukan cara di bawah.

Makan malam awal 
Seeloknya, makan sebelum waktu 6 petang. Dengan cara ini, perut anda masih mempunyai masa untuk menghadamkan makanan. Perlu anda tahu bahawa, nasi memerlukan sekurang-kurangnya 4 jam untuk dihadam. 

Tidur awal 
Jangan biasakan diri anda untuk tidur lewat kerana asyik menonton televisyen. Ia mendorong anda untuk mengunyah tanpa henti. Cuba tidur awal sekitar jam 9 atau 10 malam. Pasti keinginan anda untuk makan hilang. 

Ubah haluan snek kepada yang lebih sihat 
Berhenti membeli kerepek kentang, ais krim, atau coklat. Penuhi peti ais anda dengan makanan yang lebih sihat seperti buah-buahan. Tekstur buah yang lembut senang dihadam oleh badan kita. 

Memberus gigi 
Memberus gigi selepas makan malam boleh mendorong sifat untuk tidak makan lagi, ini kerana selepas memberus, anda pasti tidak mahu mengotorkan gigi anda yang telah bersih. 

Sibukkan diri 
Jika anda menghadapi kesukaran untuk tidur pada waktu malam, cuba sibukkan diri anda untuk mengelakkan diri anda turun ke dapur mencari sesuatu untuk mengunyah. Anda boleh mendengar muzik, menelefon atau chat bersama kawan bertanya khabar. 

Motivasi diri anda 
Tampal gambar atau petikan ayat yang anda suka di pintu bilik atau pintu peti ais untuk muhasabah diri anda. Gambar dan petikan ini boleh 'memotivasikan' diri anda supaya jangan makan secara berlebihan. 

Selamat Mencuba!

Posted By Unknown9/04/2013 11:36:00 pm
0
Continue Reading

Kelebihan Yogurt Untuk Kecantikan Diri

Tweet
Filled under: Gaya


Yogurt atau susu masam merupakan sejenis makanan yang kaya dengan sumber protein, kalsium, potassium, mineral dan vitamin untuk manfaat luaran dan dalaman tubuh badan.


Ia bukan sahaja baik untuk sistem penghadaman malah boleh dijadikan sebagai krim semulajadi yang bebas daripada bahan kimia. Apa yang menarik, krim ini dapat dilakukan di rumah tanpa melibatkan kos yang banyak. Nak tahu manfaat yogurt untuk kecantikan dalaman dan luaran anda? Mari lihat kebaikannya di sini.

Melembapkan kulit
Kultur hidup bersama asid laktik di dalam yogurt mampu melembut, melembap dan membuang sel kulit mati. Sapukan yogurt ke seluruh wajah tangan serta kaki dan biarkan ia selama 20 minit sebelum dicuci dengan air suam. Lebihan yogurt tadi boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk disapu pada wajah sebagai pupur.

Untuk kulit kering
Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit terlalu kering, tambahkan sedikit madu ke dalam yogurt kerana madu mempunyai unsur pelembap. Selain itu, anda juga boleh mencampurkan tiga sudu besar yogurt bersama dua sudu besar lobak merah yang sudah dikisar. Sapukan campuran tersebut pada wajah dan biarkan selama 20 minit sebelum dicuci dengan air suam.

Mencerahkan kulit
Campurkan yogurt dengan satu sudu besar serbuk koko dan satu sudu besar madu. Gaulkan bersama-sama sehingga menjadi pekat sebelum disapukan pada wajah. Pastinya kulit akan tampil lebih segar, cerah dan bercahaya.

Membuang sel kulit mati
Yogurt juga boleh digunakan untuk membuang sel kulit mati dengan cara mencampurkan dua sudu besar yogurt dengan satu sudu besar oat. Gosokkan pada wajah dan tubuh badan dengan gerakan bulat agar semua sel kulit mati dapat dibuang.

Selain itu, anda boleh mencampurkan yogurt dengan kulit buah-buahan sitrus seperti oren yang sudah dikisar dan dikeringkan bersama dua sudu besar yogurt.

Menghapuskan bintik hitam dan bintik putih
Campuran serbuk beras dan yogurt yang dijadikan pes pekat mampu menghilangkan bintik hitam dan putih pada wajah sekaligus membersihkan wajah agar kelihatan berseri. 

Caranya mudah sahaja. Sapukan pes tersebut dangan gerakan membulat pada wajah dan biarkan seketika sebelum dicuci dengan air sejuk. Kacang walnut juga boleh diguna untuk menggantikan beras.

Hilangkan jerawat
Masalah jerawat akan segera pulih dalam tempoh seminggu apabila menyapu yogurt setiap hari pada wajah. Kandungan zink yang terdapat di dalam yogurt membantu mengeringkan jerawat selain mengurangkan kesan merah dan keradangan.

Mengecilkan liang roma
Kandungan zink di dalam yogurt juga mampu mengecilkan liang roma dan menjadikan tona kulit anda kelihatan lebih sekata.

Hapuskan lingkaran gelap bawah mata
Sapukan sedikit yogurt di kawasan sekitar bawah mata selama 15 minit sebelum mencucinya. Di samping itu, campuran yogurt bersama serbuk kunyit, jus limau dan madu boleh disapu kepada bahagian kulit yang menjadi gelap akibat matahari selama 40 minit sebelum dibasuh.

Atasi masalah penuaan
Yogurt juga boleh mengelakkan anda daripada masalah kedutan sehingga membuatkan anda kelihatan tua dari usia sebenar. Caranya ialah dengan mencampurkan yoguret bersama minyak zaitun dan biarkan ia disapu pada kulit selama 30 minit. Lakukan tiga kali seminggu untuk hasil yang menakjubkan.

Hasilkan yogurt anda sendiri dengan dua liter susu penuh krim dan separuh liter susu yogurt yang mengandungi kultur hidup. Jangan lupa simpan di dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama!

Posted By Unknown9/04/2013 11:25:00 pm
0
Continue Reading

Ubi Kentang Mampu Hilangkan Lingkaran Bawah Mata

Tweet
Filled under: Gaya


Selalunya petua untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata adalah dengan menggunakan timun dan uncang teh. Tetapi tahukah anda ubi kentang juga mampu mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.


Ini kerana kentang baik dan sesuai untuk mencerahkan kulit anda terutamanya pada bahagian muka kerana ia mengandungi enzim catecholase.

Ianya bukan sukar untuk dibuat, namun tidak juga sesenang seperti memotong timun kemudian lekapkan terus di kawasan mata. Tetapi hasilnya memang berbaloi untuk di lakukan.

Nak tahu cara-caranya? Ikuti langkah-langkah di bawah untuk menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata anda:

1. Ambil 1/2 atau sebiji kentang.
2. Kupas kulit kentang tadi dan bersihkannya sebelum kisarkan ia sampai halus.
3. Kemudian, letakkan kentang yang telah dikisar tadi di atas sehelai kain lembut dan bersih.
4. Sapukannya pada bahagian bawah mata anda yang bermasalah secara perlahan-lahan.
5. Pastikan juga sapuan tersebut tidak kena pada mata.
6. Biarkan sapuan tadi menyerap pada kulit di bahagian bawah mata kira-kira dalam 15 ke 20 minit.
7. Selepas itu, barulah anda basuh bahagian tersebut dengan air bersih.

Amalkan petua ini setiap hari jika anda berkesempatan. Selamat mencuba!

Posted By Unknown9/04/2013 11:20:00 pm
0
Continue Reading

5 Panduan Menjaga Kulit Muka Agar Berseri

Tweet
Filled under: Gaya


Usah biarkan masalah ini berlarutan. Masalah kulit yang dihidapi anda sedikit sebanyak akan mencacatkan solekan dan anda akan menyebabkan rasa rendah diri. Mungkin anda juga tidak mempunyai idea bagaimana cara yang betul untuk menjaga kulit bermasalah.


Cuba lihat tips di bawah, kami telah senaraikan panduan menjaga kulit mengikut masalah kulit anda.

Panduan menjaga kulit kering 

1) Jika kulit anda kering, elakkan mebersihkan wajah tanpa menanggalkan solekan terlebih dahulu. Gunakan tisu basah, atau pembersih khas solekan terlebih dahulu.

2) Bersihkan solekan di mata dengan berhati – hati. Kulit di sekitar mata amat sensitif. Jika tidak berhati, ia akan mengakibatkan masalah lingkaran gelap bawah mata.

3) Jangan menggunakan skrub wajah yang mempunyai biji. Penggunaan skrub berbiji akan menggalakan penglupasan kulit. 4) Gunakan serum atau pelembap muka setiap hari.

5) Ambil supplemen yang sesuai jika masalah ini berlarutan.

Panduan menjaga kulit sensitif 

1) Elakkan menggunakan produk yang mempunyai alkohol, wangian atau lanolin. Bebas pewangi tidak bermakna ia bebas kimia. Anda cuma perlu teliti dalam memilih produk.

2) Jangan kerap menukar produk. Sebaiknya, setia pada produk yang terbaik untuk anda.

3) Jangan bersolek secara kerap apatah lagi solekan yang tebal.

4) Pilih skrub yang mempunyai ekstrak tomato atau epal kerana ia mengurangkan iritasi pada kulit.

Panduan menjaga kulit berminyak 

1) Bersihkan wajah anda sekurang – kurangnya dua kali seminggu.

2) Gunakan tuala khas untuk mengelap wajah anda. Jangan menggunakan tuala yang sama untuk mengelap badan kerana kulit berminyak sangat sensitif.

3) Pilih supplemen yang mengandungi vitamin C organik.

Panduan menjaga kulit kombinasi

1) Jika anda ingin tahu kulit jenis ini, anda akan berasa kering pada beberapa kawasan dan licin di bahagian yang lain selepas mencuci wajah.

2) Elakkan membersihkan wajah dengan menngunakan produk yang berunsurkan krim kerana ia akan menyebabkan kekeringan dan pengeluaran minyak secara berlebihan.

Panduan menjaga kulit berjerawat 

1) Jika anda mempunyai masalah ini, anda tidak disarankan untuk mencuci wajah secara kerap. Elakkan tabiat mencuci muka dengan kasar dan menggunakan produk pembersih wajah berkali – kali dalam sehari.

2) Seandainya anda berpeluh, pastikan anda mengelapnya terus. Usah biar ia kering sendiri dan meresap ke dalam kulit. 3) Elakkan memicit jerawat pada muka anda.

Selamat mencuba!

Posted By Unknown9/04/2013 11:13:00 pm
0
Continue Reading
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Follow us on Facebook :P

Blog Archive

  • ►  2014 (1)
    • ►  May (1)
      • ►  May 12 (1)
  • ▼  2013 (451)
    • ►  December (17)
      • ►  Dec 18 (2)
      • ►  Dec 07 (6)
      • ►  Dec 04 (1)
      • ►  Dec 03 (4)
      • ►  Dec 02 (1)
      • ►  Dec 01 (3)
    • ►  November (48)
      • ►  Nov 24 (3)
      • ►  Nov 20 (3)
      • ►  Nov 19 (1)
      • ►  Nov 18 (5)
      • ►  Nov 17 (13)
      • ►  Nov 16 (3)
      • ►  Nov 10 (1)
      • ►  Nov 06 (1)
      • ►  Nov 04 (3)
      • ►  Nov 03 (7)
      • ►  Nov 02 (8)
    • ►  October (315)
      • ►  Oct 30 (4)
      • ►  Oct 29 (2)
      • ►  Oct 28 (8)
      • ►  Oct 27 (8)
      • ►  Oct 26 (1)
      • ►  Oct 25 (4)
      • ►  Oct 24 (6)
      • ►  Oct 23 (3)
      • ►  Oct 22 (1)
      • ►  Oct 21 (12)
      • ►  Oct 20 (11)
      • ►  Oct 19 (4)
      • ►  Oct 18 (5)
      • ►  Oct 17 (5)
      • ►  Oct 16 (1)
      • ►  Oct 15 (8)
      • ►  Oct 14 (32)
      • ►  Oct 13 (12)
      • ►  Oct 11 (1)
      • ►  Oct 09 (2)
      • ►  Oct 06 (20)
      • ►  Oct 05 (5)
      • ►  Oct 04 (19)
      • ►  Oct 03 (23)
      • ►  Oct 02 (27)
      • ►  Oct 01 (91)
    • ▼  September (62)
      • ►  Sept 30 (38)
      • ►  Sept 28 (2)
      • ►  Sept 27 (3)
      • ►  Sept 25 (4)
      • ►  Sept 20 (1)
      • ►  Sept 17 (3)
      • ►  Sept 11 (3)
      • ►  Sept 05 (4)
      • ▼  Sept 04 (4)
        • Makan Malam Dan Kekal Sihat Sejahtera
        • Kelebihan Yogurt Untuk Kecantikan Diri
        • Ubi Kentang Mampu Hilangkan Lingkaran Bawah Mata
        • 5 Panduan Menjaga Kulit Muka Agar Berseri
    • ►  August (6)
      • ►  Aug 21 (2)
      • ►  Aug 02 (4)
    • ►  July (3)
      • ►  Jul 31 (1)
      • ►  Jul 30 (2)

Penafian

Kesemua maklumat dalam peluangkerjayaimpian yang disiarkan adalah bertujuan membantu anda semua dalam mencari jawatan kosong di dalam sektor awam,swasta, badan berkanun dan pelbagai.
Blog ini adalah di atas inisiatif kami sendiri dan tiada kaitan dengan mana-mana jabatan, kami tidak menjamin ketepatan atau kesilapan maklumat yang disiarkan.
Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian apabila menggunakan maklumat di dalam blog ini.

Total Pageviews

[ c l o s e ]

[ c l o s e ]

Cari Kerjaya Impian
Powered by Blogger.

 

Copyright © 201. Metro UI Theme. Designed by: Templateism

SEO Plugin by: MyBloggerLab