Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Keutamaan kepada rakyat Negeri Kedah Darul Aman) yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan secara Kontrak/Tetap di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) seperti berikut:-
1. Pembantu Setiausaha Pejabat
Semua permohonan hendaklah menggunakan borang KEDA AM 1/2011 yang boleh didapati melalui laman web www.keda.gov.my. Permohonan daripada kakitangan kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terakhir.
Tarikh tutup permohonan: 24 November 2013
Permohonan hendaklah dialamatkan kepada:
Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)
Bangunan Tunku, Jalan Tunku Ibrahim
Peti Surat 195
05720 Alor Setar
KEDAH DARUL AMAN
Mengenai Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA):
KEDA ditubuhkan pada 28 Mei 1981 di bawah Akta 249, Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah 1981 dengan tujuan untuk membantu mempercepatkan pembangunan sosioekonomi dan infrastruktur di kawasan operasi KEDA.
Kawasan operasi KEDA meliputi keluasan 8,279 km persegi iaitu 89% daripada keseluruhan Negeri Kedah. Sebagai agensi Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), KEDA dipertanggungjawabkan dalam pelbagai aspek pembangunan meliputi program pembasmian kemiskinan, pembangunan kampung tradisional dan perumahan rakyat termiskin, pembangunan industri kecil dan sederhana serta program keusahawanan, latihan kemahiran, pembangunan modal insan, pembangunan infrastruktur dan ameniti sosial.
0 comments:
Post a Comment