Public Bank sedang membuka pengambilan untuk Program Skim Latihan 1Malaysia. Justeru, kami mengalu-galukan graduan-graduan dari bidang perbankan yang telah 6 bulan tamat pengajian dan masih belum bekerja untuk mendaftar sebagai peserta Skim Latihan 1Malaysia. Graduan boleh melayari laman sesawang (website) Unit Perancang Ekonomi (EPU) di www.epu.gov.my/sl1m dan membuat permohonan melalui borang yang disediakan.
Semua borang dan salinan sijil yang berkenaan hendaklah diposkan ke Sekretariat SL1M, EPU. Berikut adalah senarai salinan sijil yang perlu dilengkapkan oleh peserta program sebelum dihantar ke Sekretariat SL1M di EPU:
1. Borang Pendaftaran Peserta;
2. Biodata Diri (Resume);
3. Salinan Kad Pengenalan;
4. Ijazah Sarjana Muda;
5. SPM;
6. PMR;
7. UPSR;
8. Sijil Ko-kurikulum;
9. Sijil Professional/Kemahiran dan sebagainya; dan
10. Penyata Pendapatan Ibu bapa/Surat Akuan Pengesahan Pendapatan (sekiranya tidak mempunyai penyata gaji atau penyata pencen dan perlu pengesahan dari Ahli Parlimen / ADUN / Penghulu / Pengerusi JKKK / Pengarah Institusi / Pengetua / Guru Besar).
Permohonan untuk Skim Latihan 1Malaysia memang dibuka sepanjang tahun . Buat masa ini, Public Bank sedang buka untuk pengambilan dan Sekretariat SL1M sedang menjalankan proses suai padan. Graduan dari bidang banking dan setara serta graduan dari bidang-bidang lain juga amat dialu-alukan untuk memohon.
0 comments:
Post a Comment